Pembalakan haram di Lojing Lojing

Sultan Kelantan, Tuanku Sultan Ismail Petra tidak berpuas hati dengan aktiviti pembalakan haram yang disyaki dilakukan oleh 22 syarikat yang kebanyakannya milik warganegara asing yang bersepakat dengan orang-orang tempatan. Pembalakan haram akan menjejaskan kualiti alam sekitar kerana sungai akan tercemar dan air sungai menjadi keruh.

Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli Malaysia dan Penilaian Alam Sekitar (EIA) telah membuat penyiasatan dan penilaian berhubung pembalakan haram di Lojing. Datuk Sazmi Miah mahu pihak terlibat dikenakan tindakan. [5] 18 syarikat telah didakwa mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan disabitkan kesalahan dengan didenda sehingga RM100,000 dan penjara selama lima tahun.[6]

Laporan Jabatan Alam Sekitar berhubung Tanah Tinggi Lojing mendapati:

  • 6 projek EIA milik syarikat All Green mendapat kelulusan EIA
  • 2 projek pertanian milik PKINK mendapat kelulusan EIA
  • 2 projek milik Jabatan Pertania
  • 7 projek tidak perlu kelulusan EIA iaitu penanaman bunga dan sayur-sayuran oleh Theme Industries Sdn Bhd, projek sayur oleh Venue Vision, projek pembangunan pertanian bagi penanaman cendawan dan bunga, projek pembangunan sayur-sayuran oleh Multi System Sdn Bhd dan Projek Yakin Tea Sdn Bhd bagi tanaman teh, sayur-sayuran dan bunga.
  • Projek Pusat Latihan Atlit oleh Majlis Sukan Negara ditolak oleh EIA kerana laporannya tidak lengkap dan memuaskan.
  • Projek kemajuan rekreasi YAKIN-KPA ditolak EIA
  • Projek KADA diluluskan oleh EIA.
  • Projek pertanian oleh Liquid Gold Sdn Bhd dijalankan tanpa kelulusan EIA.
  • Projek pertanian oleh Layar Abadi ditolak kerana EIA kurang memuaskan.

Jabatan Alam Sekitar mendapati pemusnahan alam sekitar di Lojing disebabkan oleh aktiviti pembalakan dan pembukaan tanah tanpa kawalan oleh penanam sayur tidak berlesen yang kebanyakannya adalah milik warganegara asing. Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli Dan alam Sekitar, Datuk Sazmi Miah menjelaskan JAS tidak ada kuasa mengambil tindakan berhubung penerokaan tanah di Tanah Tinggi Lojing kerana masalah undang-undang antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Lojing juga tidak diwartakan sebagai tanah tinggi. Kebanyakan tanah seluas 8000 hektar di Lojing merupakan hak milik persendirian.[7]